Pengenalan
Jabatan Pelajaran Perak
sentiasa berusaha ke arah untuk merealisasikan Program Pendidikan Khas
Integrasi (PPKI) di negeri Perak sebagai yang terbaik di Malaysia. Seiring
dengan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan tahun 2012 sebagai
‘Tahun Inovasi’, Jabatan Pelajaran Perak telah dan akan berterusan menyahut
cabaran ini dengan menghasilkan beberapa inovasi dalam usaha memartabatkan
pengurusan PPKI di negeri Perak. Inovasi-inovasi berikut dilaksanakan bagi
memastikan PPKI di negeri Perak menjadi yang terbaik di peringkat kebangsaan :
1.
Menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Program Pendidikan Khas Integrasi Negeri
Perak Edisi Kedua,
2.
Menghasilkan Buku Log Pembantu Pengurusan Murid (Pendidikan Khas) yang selaras
untuk negeri Perak,
3.
Memperkenalkan sistem dokumentasi ‘i-file’ dalam pengurusan PPKI,
4.
Membina format Rancangan Pendidikan Individu (RPI) untuk murid-murid pendidikan
khas mengikut piawaian negeri Perak, dan
5. Membina instrumen pemantauan
PPKI berasaskan elemen-eleman dalam PRISMA.
Dapatan
pemantauan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri dan
Pejabat Pelajaran Daerah mendapati bahawa Buku Panduan Pengurusan Program
Pendidikan Khas Integrasi Negeri Perak Edisi Pertama yang diperkenal dan
digunapakai pada tahun 2008 dan sistem dokumentasi ‘i-file’ yang
diperkenalkan pada tahun 2011 telah banyak membantu meningkatkan kecekapan dan
keberkesanan pengurusan PPKI. Kini Jabatan Pelajaran Perak mengorak satu lagi
langkah yang realistik dan praktikal dengan memperkenalkan konsep pengurusan
yang dikenali sebagai PRISMA.
PRISMA
PRISMA merupakan akronim kepada
:
Progressive,Responsive,Innovative, Sensitive
Management with Accountability
‘Progressive’ membawa ciri-ciri :
1. Liberal,
2. Kemajuan,
3. Sentiasa berfikir ke hadapan,
4. Peneraju,
5. Dinamik, dan
6. Berani.
|
‘Responsive’ membawa ciri-ciri :
1. Aktif,
2. Sedar,
3. Cepat bertindak,
4. Keterbukaan,
5. Fleksibel, dan
6. Peka.
|
‘Innovative’ membawa ciri-ciri :
1. Pembaharuan,
2. Luar biasa,
3. Di luar jangkaan,
4. Kreatif,
5. Canggih, dan
6. Berdaya cipta.
|
‘Sensitive’ membawa ciri-ciri :
1. Berhati-hati,
2. Memahami,
3. Diplomatik,
4. Menghalusi,
5. Menjiwai, dan
6. Empati.
|
‘Management’ membawa makna : Pengurusan PPKI yang cekap dan
berkesan.
|
‘Accountability’ membawa makna : Sifat amanah dan
kebertanggungjawaban yang tinggi dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan.
|
Prinsip PRISMA :
Penerapan
Ciri-ciri Progresif, Responsif, Inovatif dan Sensitif
dalam
pengurusan PPKI yang cekap dan berkesan berlandaskan
sifat
amanah dan kebertanggungjawaban yang tinggi
|
No comments:
Post a Comment