Friday, July 27, 2012

PRISMA



Pengenalan
Jabatan Pelajaran Perak sentiasa berusaha ke arah untuk merealisasikan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di negeri Perak sebagai yang terbaik di Malaysia. Seiring dengan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan tahun 2012 sebagai ‘Tahun Inovasi’, Jabatan Pelajaran Perak telah dan akan berterusan menyahut cabaran ini dengan menghasilkan beberapa inovasi dalam usaha memartabatkan pengurusan PPKI di negeri Perak. Inovasi-inovasi berikut dilaksanakan bagi memastikan PPKI di negeri Perak menjadi yang terbaik di peringkat kebangsaan :
1. Menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Program Pendidikan Khas Integrasi Negeri Perak Edisi Kedua,
2. Menghasilkan Buku Log Pembantu Pengurusan Murid (Pendidikan Khas) yang selaras untuk negeri Perak,
3. Memperkenalkan sistem dokumentasi ‘i-file’ dalam pengurusan PPKI,
4. Membina format Rancangan Pendidikan Individu (RPI) untuk murid-murid pendidikan khas mengikut piawaian negeri Perak, dan
5. Membina instrumen pemantauan PPKI berasaskan elemen-eleman dalam PRISMA.

Dapatan pemantauan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah mendapati bahawa Buku Panduan Pengurusan Program Pendidikan Khas Integrasi Negeri Perak Edisi Pertama yang diperkenal dan digunapakai pada tahun 2008 dan sistem dokumentasi ‘i-file’ yang diperkenalkan pada tahun 2011 telah banyak membantu meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan PPKI. Kini Jabatan Pelajaran Perak mengorak satu lagi langkah yang realistik dan praktikal dengan memperkenalkan konsep pengurusan yang dikenali sebagai PRISMA.

PRISMA
PRISMA merupakan akronim kepada :

Progressive,Responsive,Innovative, Sensitive
Management with Accountability
‘Progressive’ membawa ciri-ciri :
        1. Liberal,
        2. Kemajuan,
        3. Sentiasa berfikir ke hadapan,
        4. Peneraju,
        5. Dinamik, dan
        6. Berani.

‘Responsive’ membawa ciri-ciri :
        1. Aktif,
        2. Sedar,
        3. Cepat bertindak,
        4. Keterbukaan,
        5. Fleksibel, dan
        6. Peka.

‘Innovative’ membawa ciri-ciri :
        1. Pembaharuan,
        2. Luar biasa,
        3. Di luar jangkaan,
        4. Kreatif,
        5. Canggih, dan
        6. Berdaya cipta.
‘Sensitive’ membawa ciri-ciri :
        1. Berhati-hati,
        2. Memahami,
        3. Diplomatik,
        4. Menghalusi,
        5. Menjiwai, dan
        6. Empati.

‘Management’ membawa makna : Pengurusan PPKI yang cekap dan berkesan.
‘Accountability’ membawa makna : Sifat amanah dan kebertanggungjawaban yang tinggi dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan.
Prinsip PRISMA :

Penerapan Ciri-ciri Progresif, Responsif, Inovatif dan Sensitif
dalam pengurusan PPKI yang cekap dan berkesan berlandaskan
sifat amanah dan kebertanggungjawaban yang tinggi

Wednesday, March 3, 2010

MAJLIS SAMBUTAN HARI LAHIR WARGA PENDIDIKAN KHAS SMKT 2010

Sambutan hari lahir warga pendidikan khas smkt pada tahun ini diadakan pada 12hb Februari 2010 iaitu pada hari Jumaat. Seramai 7 orang pelajar telah menyambut hari lahir di antara bulan Januari hingga Mac ; di antara pelajarnya adalah Mohd Faris, Mohd Azizul, Muhamad Fais Amirul, Muhamad Nur Hizwan, Nur Ajeerah, Mohamad Nur Farhan, Suria, Nur Madihah, Hasbibah dan Lee Hong Choi. Majlis ini telah ditaja oleh 2 orang guru baru dan seorang PPM baru iaitu Cik Roseidayu, En. Khairul Akmal dan Pn. Rabitah. Majlis berlansung sungguh meriah dengan kehadiran warga Pentadbiran sekolah iaitu Pengetua SMKT Pn. Hjh Nur Rasidah, PK Pentadbiran Pn. Hjh Siti Khadijah, PK HEM En. Jusoh dan PK Ko-kurikulum Cik Munira.

Wednesday, January 20, 2010

Kem Terapi Pendidikan Khas bersama Pelajar UPSI






Kem ini dijalankan dengan kerjasama daripada pelajar-pelajar UPSI dalam Fakulti Pengajian Pendidikan Khas. Kem ini dijalankan dalam masa satu hari dan bertujuan untuk mendedahkan murid kepada aktiviti terapi dalam pembelajaran di sekolah.

Minggu Pendidikan Khas SMKT






Program ini dijalankan pada setiap tahun yang bertujuan untuk mendedahkan murid-murid pendidikan khas kepada semua warga sekolah serta masyarakat. Aktiviti yang dijalankan adalah seperti permainan Petanque bersama dengan murid aliran perdana, permainan Congkak, Pameran Kerjaya dan Kem Fisioterapi.

Friday, January 15, 2010

Laman Utama

Profil Pendidikan Khas Bermasalah Pelajaran SMK Tapah

Program Integrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Tapah bermula pada bulan Ogos 2003. Pada permulaannya, kelas ini dijalankan dengan hanya menggunakan sebuah kelas di bangunan perdana. Seramai lapan orang murid telah diterima masuk pada peringkat awalnya. Pada awal tahun 2004, bangunan baru telah dibina khusus untuk Kelas Pendidikan Khas ini. Kemudian, pada bulan Disember 2008, sebuah bangunan tambahan didirikan bagi menampung bilangan pelajar yang semakin meningkat kepada 36 orang pada tahun 2009. Pelbagai program serta aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun. Antaranya adalah Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Daerah Batang Padang dan Negeri Perak, Kejohanan Futsal & Bola Jaring peringkat Daerah dan Negeri, Majlis Tilawah Al-Quran Daerah dan Negeri, Program Lawatan Sambil Belajar, Minggu Pendidikan Khas, Kem Terapi, Perkhemahan Pendidikan Khas, Majlis Hari Jadi, Persembahan Kebudayaan, Pameran, Sukan Tahunan Sekolah, Sukaneka Pendidikan Khas dan banyak lagi. Murid berkeperluan khas ini terdiri daripada kaum Melayu, India, Cina dan Orang Asli. Manakala kategori murid yang ditawarkan program pendidikan khas integrasi di SMKT ini adalah seperti Sindrom Down, Autisme, Slow Leaner, Terencat Akal Ringan, Hiperaktif, Masalah Pendengaran, Disleksia dan Serebral Palsi.

Thursday, January 14, 2010

KEJOHANAN OLAHRAGA PENDIDIKAN KHAS DAERAH BATANG PADANG






Kejohanan olahraga pendidikan khas tahun 2009 telah diadakan di Kompleks Rakan Muda Kampar.
Kejohanan yang berlangsung pada 3-4hb Mac 2009 ini meliputi semua acara olahraga. Para peserta terdiri daripada pelajar masalah pembelajaran dan juga acara bagi pelajar Down Sindrom.
Seramai 5 orang kontinjen dari SMK Tapah yang diketuai oleh En. Zambri Sidik, diikuti Kahirul Anwar Abd. Hadi, Mohd Kamal Mansor, Kamal Azuan Asamani dan Tn. Hafizah Rubina Tn. Khaidir.
Karnival ini telah disertai oleh sekolah dari daerah Batang Padang iaitu:
SMK Tapah
SMK Bidor
SMK Khir Johari
SMK Sungai Kruit
SK Dato Kelana
SK Tanjong Malim
SK Bidor 2
SK Sungkai
SK Seri Besout
SK Slim Village
SK Behrang
SK Aminuddin Baki
SK Toh Tandewa Sakti
SMK Tapah telah menjadi johan keseluruhan dengan 10 pingat emas, 10 perak dan 2 gangsa.

KEPUTUSAN RASMI

PESERTA: Mohd Kamaluddin
Lompat Jauh (emas)
Rejam Lembing (emas)
Lempar Cakera (emas )
4x100m (emas)
PESERTA: Mohd Nurhizwan
100m (emas)
200m (emas)
4x100m (emas)
PESERTA: Mohd Fais Amirul
100m (perak)
200m (perak)
Rejam Lembing (perak)
4x100m (emas)
PESERTA: Mohd Nurfarhan
400m (emas)
200m (Perak)
PESERTA: Shalidan
Lompat tinggi (Perak)
Lompat jauh (Perak)
PESERTA: Parathan
Lontar Peluru (emas)
Lempar Cakera (perak)


PESERTA: Shahidan
Lontar Peluru (perak)
PESERTA:NurfatinNazihah
1. Lontar Peluru (gangsa)
PESERTA: Deivanai
100m (Perak)
200m (Perak)
Lompat Jauh (Perak)
PESERTA: Norhameme
100m (Emas)
200m (Gangsa)
Lompat jauh (Emas)
Program Integrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Tapah bermula pada bulan Ogos 2003. Pada bulan Disember 2008, sebuah bangunan tambahan didirikan bagi menampung bilangan pelajar yang semakin meningkat kepada 36 orang pada tahun 2009.Bilangan guru yang berkhidmat adalah seramai 10 orang dan bilangan PPM seramai 3 orang.