Friday, July 27, 2012

PRISMA



Pengenalan
Jabatan Pelajaran Perak sentiasa berusaha ke arah untuk merealisasikan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di negeri Perak sebagai yang terbaik di Malaysia. Seiring dengan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan tahun 2012 sebagai ‘Tahun Inovasi’, Jabatan Pelajaran Perak telah dan akan berterusan menyahut cabaran ini dengan menghasilkan beberapa inovasi dalam usaha memartabatkan pengurusan PPKI di negeri Perak. Inovasi-inovasi berikut dilaksanakan bagi memastikan PPKI di negeri Perak menjadi yang terbaik di peringkat kebangsaan :
1. Menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Program Pendidikan Khas Integrasi Negeri Perak Edisi Kedua,
2. Menghasilkan Buku Log Pembantu Pengurusan Murid (Pendidikan Khas) yang selaras untuk negeri Perak,
3. Memperkenalkan sistem dokumentasi ‘i-file’ dalam pengurusan PPKI,
4. Membina format Rancangan Pendidikan Individu (RPI) untuk murid-murid pendidikan khas mengikut piawaian negeri Perak, dan
5. Membina instrumen pemantauan PPKI berasaskan elemen-eleman dalam PRISMA.

Dapatan pemantauan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah mendapati bahawa Buku Panduan Pengurusan Program Pendidikan Khas Integrasi Negeri Perak Edisi Pertama yang diperkenal dan digunapakai pada tahun 2008 dan sistem dokumentasi ‘i-file’ yang diperkenalkan pada tahun 2011 telah banyak membantu meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan PPKI. Kini Jabatan Pelajaran Perak mengorak satu lagi langkah yang realistik dan praktikal dengan memperkenalkan konsep pengurusan yang dikenali sebagai PRISMA.

PRISMA
PRISMA merupakan akronim kepada :

Progressive,Responsive,Innovative, Sensitive
Management with Accountability
‘Progressive’ membawa ciri-ciri :
        1. Liberal,
        2. Kemajuan,
        3. Sentiasa berfikir ke hadapan,
        4. Peneraju,
        5. Dinamik, dan
        6. Berani.

‘Responsive’ membawa ciri-ciri :
        1. Aktif,
        2. Sedar,
        3. Cepat bertindak,
        4. Keterbukaan,
        5. Fleksibel, dan
        6. Peka.

‘Innovative’ membawa ciri-ciri :
        1. Pembaharuan,
        2. Luar biasa,
        3. Di luar jangkaan,
        4. Kreatif,
        5. Canggih, dan
        6. Berdaya cipta.
‘Sensitive’ membawa ciri-ciri :
        1. Berhati-hati,
        2. Memahami,
        3. Diplomatik,
        4. Menghalusi,
        5. Menjiwai, dan
        6. Empati.

‘Management’ membawa makna : Pengurusan PPKI yang cekap dan berkesan.
‘Accountability’ membawa makna : Sifat amanah dan kebertanggungjawaban yang tinggi dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan.
Prinsip PRISMA :

Penerapan Ciri-ciri Progresif, Responsif, Inovatif dan Sensitif
dalam pengurusan PPKI yang cekap dan berkesan berlandaskan
sifat amanah dan kebertanggungjawaban yang tinggi