Friday, January 15, 2010

Laman Utama

Profil Pendidikan Khas Bermasalah Pelajaran SMK Tapah

Program Integrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Tapah bermula pada bulan Ogos 2003. Pada permulaannya, kelas ini dijalankan dengan hanya menggunakan sebuah kelas di bangunan perdana. Seramai lapan orang murid telah diterima masuk pada peringkat awalnya. Pada awal tahun 2004, bangunan baru telah dibina khusus untuk Kelas Pendidikan Khas ini. Kemudian, pada bulan Disember 2008, sebuah bangunan tambahan didirikan bagi menampung bilangan pelajar yang semakin meningkat kepada 36 orang pada tahun 2009. Pelbagai program serta aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun. Antaranya adalah Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Daerah Batang Padang dan Negeri Perak, Kejohanan Futsal & Bola Jaring peringkat Daerah dan Negeri, Majlis Tilawah Al-Quran Daerah dan Negeri, Program Lawatan Sambil Belajar, Minggu Pendidikan Khas, Kem Terapi, Perkhemahan Pendidikan Khas, Majlis Hari Jadi, Persembahan Kebudayaan, Pameran, Sukan Tahunan Sekolah, Sukaneka Pendidikan Khas dan banyak lagi. Murid berkeperluan khas ini terdiri daripada kaum Melayu, India, Cina dan Orang Asli. Manakala kategori murid yang ditawarkan program pendidikan khas integrasi di SMKT ini adalah seperti Sindrom Down, Autisme, Slow Leaner, Terencat Akal Ringan, Hiperaktif, Masalah Pendengaran, Disleksia dan Serebral Palsi.

No comments:

Post a Comment